Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta kementerian ekonomi sedang memperinci beberapa langkah penyelesaian pantas dalam menangani isu kos sara hidup termasuk pelan tindakan kerjasama rentas kementerian.
Kedua-dua kementerian itu bersetuju mewujudkan sekretariat bersama yang akan menjadi platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai agensi dalam menangani kos sara hidup.